Wednesday, April 21, 2004

Buku baru member aku publish..murah je 7.50

Ni la antara tulisan dia...buku ni bagus la utk meningkatkan motivasi diri sebagai seorang islam...ni aku letak skit mukadimah dia....
"...Persoalan Qada’ dan Qadar yang merupakan salah satu daripada akidah islam itu adalah persoalan yang hebat diperkatakan dan diperbincangkan dari zaman para sahabat dahulu hingga sekarang. Sehinggakan dari permasalan ini, wujudlah beberapa aliran pemikiran yang semakin meragukan pegangan umat islam itu sendiri. Walaupun permasalahan ini pada zaman sekarang tidak tampak hebat diperkatakan, akan tetapi kesannya amat mendalam terhadap pegangan individu islam itu sendiri.

Sehinggakan ramai orang ragu-ragu adakah agama islam yang terbukti kebenarannya dan diredhai Allah itu hanya menjamin kebahagiaan di akhirat sahaja? Adakah ajaran islam itu mengajarkan manusia agar menunjukkan sikap yang negatif terhadap peradaban manusia itu sendiri? Apa sahaja soalan yang ditujukan mengenai kelemahan islam itu semuanya tidak benar. Melainkan kelemahan itu semuanya hanya berasal dari sikap umat islam itu sendiri. Bukan islam yang kurang atau lemah akan tetapi umatnya yang banyak mengakibatkan kekurangan dan kelemahan tersebut

......

Sedarilah akan hakikat keseimbangan dan lumrah dalam hidup agar kita tidak berputus asa apabila gagal dan tidak pula lupa diri apabila berjaya. Kebahagiaan dan kecelakaan merupakan lumrah alam yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Cuma yang menentukannya positif terhadap diri kita adalah manusia itu sendiri. Bagaimana dia menilai bahagia dan celaka yang berlaku dalam kehidupannya. Segala yang ditentukan Allah itu positif belaka lalu manusia yang menerimanya sama ada dia bersifat positif terhadapnya atau menzalimi fitrah positif tersebut kepada yang negatif. Maka perlu kita fahami apakah bahagia dan celaka itu dan apakah yang mendorong ke arahnya.
Kemudian perlu pula mengenali sifat apakah yang terdapat dalam diri manusia yang mempengaruhi kebanyakan perlakuan manusia sepanjang kehidupannya. Suatu sifat yang perlu diperkayakan dengan nilai-nilai keseimbangan dalam diri agar sifat-sifat kurniaan Allah itu akan melahirkan keunggulan dan kesempurnaan dalam diri manusia.

tula serba sedikit pasal buku member aku ni...

tajuk buku : qada' dan qadar. asas kesedaran, motivasi dan kejayaan hidup muslim
penulis (member aku) :Mohd Fadzli bin Abu Bakar Othman.


No comments:

Post a Comment