Thursday, October 11, 2012

Carbonara Sos Makteh Style


Sebelum tu salin dulu...ni makteh aku suh sebar2kan....jom baca.kalu tak cuba pun bleh, stakat ni aku dah cuba 4 kali...serius sedap n bahan senang nak dpt n murah .tak gaduh nak beli krim yg mahai segala. kalu nak pakai hat mahai pun tadak masalah .ni solution utk org yg agak berkira mcm aku nih....kdg2 xberkira....ewah....cita pjg xmo....zasss

Carbonara sos (resepi makteh-serius sedap)-makteh suruh panjang2kan

Bahan:

1. 500gm/sebungkus spegeti
(spegeti dimasak,apabila lembut toskan air masukkan planta serta sedikit garam jika suka)

Carbonara sos:
1. 2 sudu minyak
2. bawang merah 5 ulas
3. bawang putih 5 ulas
4. 1/4 sudu lada sulah/lada hitam secukupnya (tambah ikut citarasa)
5. 6 cawan air
6. 1/2 cawan tpg beras
7. 1/2 cawan tepung gandum
8. 1/2 cawan tepung jagung
9.garam secukup rasa
10. kiub ayam
11. cendawan basah - ikut citarasa
12. isi ayam-jika suka
12. 1 tin susu cair

Cara2:

1. Panaskan minyak dan tumis bwg merah/putih dihancur hingga wangi.masukkan ayam
2. Masukkan 5 cwn air dan lada sulah/hitam.
3. bancuhkan ketiga-tiga jenis tepung dgn 1 cwn air hingga tidak berketul
4. masukkan teepung yg telah dibancuh ke dlm air yg telah mendidih, sedikit demi sedikit dan kacau supaya tidak berketul dgn api kecil sehingga mendidih
   (tambahkan mana2 tepung sekiranya ingin krim pekat)
5. masukkan cendawan yg telah dicincang halus,lada hitam/sulah kiub ayam secukup rasa.
6. masukkan susu cair dan kacau hingga mendidih.
7. selesai

p/s: krim juga boleh disudu ketika panas, krim akan lebih pekat apabila sejuk.


Selamat mencuba!
Panjang2 kanlah resepi ni utk keberkatan kita bersama.
Amin.



 amik serong kot ni plak

semangat budak ni tggu aku amik gambaq....lapaq dh depa time ni

 bila dah kenyang depa pi dera adik dlm cot...sian adik

baru bleh bernafas...hampa tggu aku besaq skit nanti