Tuesday, April 13, 2010

Terlebih vitamin 'M'



Baru2 ni..eceh baru ka...aku terkena penyakit telebih vitamin 'M'...sejak jadi surirumah tangga ni...selau sgt dpt penyakit ni...dulu zaman keja terpaksa jadi rajin sebab hari2 terpaksa p masuk opis...since opis dah kat rumah...bertimbun2 la vitamin M tu...susah betol..kdg2 1 hari rajin...2 hari telan vitamin 'M' tu...camana aa...tolongla..

Cuma yang aku rajin memasak....try resepi tu try resepi ni...hat lain suma telan vitamin M...ikot hari aa telan vitamin tu...cukupla ngomel pasal vitamin m tu...korg pun mesti kdg2 telan gak vitamin tu kan..

Hari dah masuk 1 tahun aruah sepupu aku meninggal dunia...dia yang terlibat dlm eksiden bas tahun lepas tu...eksiden bas AB ekspress tu..yg bas 2 tingkat terbalik tu..dia mangsa yang balik kampung menyelesaikan persiapan kahwin dia tu.....dan setahun jugakla aku jumpa Omeng kat hospital sg buloh..time tu tgh sarat mengandungkan si Rayyan.....
Al Fatihah untuk aruah Muhammad bin Ismail...hang tetap dalam doa kami...bacala puisi nukilan kak ipar dia...sgt sedih...


Muhammad,

Tiada lagi wajah ceriamu menyeri ruang-ruang hati kami,
Tiada lagi senyum mesramu menyambut kehadiran kami,
Tiada lagi gelak tawamu memecah hening sepi,
Tiada lagi kerja kerasmu membantu keluarga ini.

Pemergianmu telah kami ratapi,
Ketiadaanmu tetap kami rasai,
Do’a untukmu sentiasa ada di bibir-bibir kami,
Pemergianmu kami iringi keredhaan ketentuan Ilahi.

Anakanda, Cucunda, Adinda, Kekanda, Pak Njang dan rakan,
Ehsan dan usaha mu kami sentiasa kenang,
Keluargamu menjadi keutamaan,
Rakan taulan kau bantu dengan tenang.

Tidakkan luput dirimu dari ingatan,
Yang tua dan yang muda sama-sama mendo’akan,
Gambar-gambar ini setakat untuk tatapan,
Hanya do’a kehadrat Ilahi dapat kami panjatkan,

Semoga dikau berada dalam golongan yang dirahmati,
Semoga kita kelak bertemu lagi,
Menjadi keluarga bahagia di Firdausi,
Inilah do’a keluarga; Ayah, Mak, Abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak saudaramu….