Thursday, February 12, 2009

You are what u eat

Cuba tengok ni...dalam dok terbz sgt sampai nak pegi toilet pun susah walaupun baby sgt suka pegi toilet lately, bleh plak aku terpost satu entry yg tah apa2 kat sini...

Ni semua tercetusnya bila aku terbaca wawancara dgn Pak Ungku td..terus mcm tergerak aku komen sumting..

Antara fikiran dia ni..baca ni
"
Tetapi beliau tidak begitu lantang dalam erti kata tidak mempersoalkan kenapa orang Melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu misalnya bertubuh kecil berbanding di negeri-negeri lain. Kenyataan ini bukan pandangan peribadi saya tetapi itulah juga yang dinyatakan dalam laporan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) negara.

Apa yang saya bangkitkan ini ada kena-mengena dengan isu agenda Melayu ini.

Kenapa tubuh mereka lebih kecil?

UNGKU AZIZ: Saya juga selalu bertanya soalan yang sama: Apakah Tuhan memang menjadikan orang Melayu comel dan kecil?

Keadaan orang Jepun selepas Perang Dunia Kedua juga serupa. Tetapi selepas kalah perang itu mereka bertanyakan soalan yang sama yang kita tanyakan kepada orang Melayu sekarang: “Apa yang tidak kena dengan bangsa ini? Kenapa kita tidak boleh berjaya dalam pelbagai bidang?”

Orang Jepun menemui jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan itu dan mereka menyelesaikannya - pendidikan yang bermutu dan pemakanan yang seimbang. Hasilnya tubuh mereka besar, minda mereka cergas dan kita tahu mereka menguasai ekonomi.

Kejayaan bangsa Jepun itu boleh kita tiru. Hal ini sudah saya kupas dengan panjang lebar beberapa kali sebelum ini.

Apa kaitannya cerita itu dengan perbincangan kita ini?

UNGKU AZIZ:

Ada dua perkara yang boleh mengubah nasib orang Melayu pada jangka panjang -
pendidikan dan pemakanan yang seimbang.

Pada masa yang sama kita harus mengubah perenggu minda (mindset) orang Melayu. Kalau kita lihat secara keseluruhannya orang Melayu tidak cenderung mahu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi.

Orang Melayu tidak ada pemikiran yang bersungguh-sungguh mahu berjaya; tidak ada motivasi mahu belajar secara berterusan seperti orang Jepun dan Eropah. Mereka ada pemikiran itu kerana mereka mahu berjaya. Bangsa Cina juga begitu, selalu berfikir bagaimana mahu memperbaiki diri.

Kita harus mencari jalan bagaimana hendak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berubah.

...(ada lg wawancara dia...sampaila ayat bwh ni)

Tetapi tidakkah kalau terlalu banyak diberikan bantuan orang Melayu akan jadi begitu manja?

UNGKU AZIZ: Ini satu lagi klise. Bantuan apa yang kita beri? Saya tadi menyebut tentang pendidikan dan pemakanan sebagai ejen perubahan.
Tulisan saya dalam laporan Mapen II menyebut bahawa setiap orang harus makan telur ayam sekurang-kurangnya sebiji seminggu.

Hakikatnya kalau kita buat kaji selidik di Kelantan dan Terengganu puratanya hal ini tidak berlaku. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa kita sudah membantu orang Melayu?

Saya bukan bercakap tentang penyelesaian jangka pendek tetapi jangka panjang iaitu melalui
pendidikan dan pemakanan. "

Itu jela yang antara keratan wawancara yang menarik perhatian aku as a mother n melayu islam malaysia....lama plak terdelay..idea aku dah tiba2 malap sebab tiba2 bos aku gedik plak nak dok blakang aku sambil2 sembang2 ngan budak belakang...banyak tau idea2 bernas aku tadi...tengok skang ni...dalam keadaan yang panas membara ni...ekon tadak...td opis blackout...hati aku panas mau pulang sekarang jugak...SEKARANG yer...

So kesimpulannya...
u are what u eat.

Galakkan anak2 anda makan telur sebiji seminggu...pastu mkn minyak ikanirfan nyonyot ja scott emulsion utk org tua tu...iewww...hanyir...byk mkn kacang...badam especially..

banyak lagi makanan2 yang boleh menggalakkan generasi kita untuk lebih banyak berfikir dan bijak...kalau search kat google tu melambak la kan..