Friday, October 14, 2005

Perempuan,Ramadan dan Raya

Dah nak dekat seminngu kita berpuasa, infact hari ni dan hari yg ke 10Aku pun dah lama tak dok update mengupdate..maklumla...sejak2 last entry, aku tersangat la bz..Anyway, sekarang ni br la free sikit..Memandangkan raya lg kurang dr 3 minggu, aku suka nak cerita sikitpasal life changes after get married..
Dalam hal2 mcm ni aku rasa perempuan la yang paling terasa perubahan yg besar..sememangnya tak dinafikan lelakimemang ada tanggungjawab yg besar, tp the complementary..kebanyakkan perempuan jela yg rasa..Bila start ramadan, mostly lelaki hanya lepak je..pegi keje balik keje..tau2..makanan dah siap sedia atas mejaThe women, struggle from sahur until sahur..Bangun awal, masak, membasuh, mengemas, masak lg, kemas rumah...n so on...never stop..Kebanyakkan kwn aku semua nak cepat kawin, bila pk pk balik...diorg ni semua nak berlumba2 buat keja2 ni ker..Once u get married, barula mata terbuka...there's so much thing that we dont know about marriage..all about give n take...
Pastu bab2 kuih raya...kat opis pompuan la paling semangat..order sana 50, order sini 100...last2 bila balik kira2.dan nak dekat 700++biji kuih raya dah beli...sapa nak mkn sumer ni...pastu kain baju pun sama....floor 4 staff jual kainfloor 12 jual kain sari..floor 1 jual sutera....kena ada kuasa tepis menepis..barula bleh tahan nafsu...no wonder tuhan bg pompuan 9 nafsu..
Apapun aku pesan kepada semua kaum sejenis aku...selamat mengharungi bulan puasa ni dengan penuh tawaduk,selamat menahan nafsu, semoga sentiasa dimurahkan rezeki, kepada yg first time beraya bersama...selamatberaya dgn mentua,kepada yg br dpt anak,selamat menjadi ibu dan kepada kaum lelaki...selamat menjaga keluargaanda daripada dunia hingga ke akhirat...

Friday, September 23, 2005

Interesting fact!

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik
ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan
jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan
sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa
dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor
nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan
sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman
berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan
12345678987654321.

12. Warna iru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan
tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam
sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya
menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10
tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri. He!! He!! He!!
"Jodoh"

Memandangkan ramai kawan-kawan aku yang nak melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini, eloklah kiranya korang baca sedikit this article. i find it intersting n usefull tu.


Oleh : Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah keturunan menyumbang
perihal
jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."


Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.
Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum
apa2
kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat.Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka,
aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki
kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang
memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar
lebih
tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli
dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si penunggang motosikal
mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar
raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti
ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping
membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang
berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan
ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2,
carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai
yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan ima, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia
akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Tuesday, August 16, 2005

penat mata..
aku dok tgh penat mata kat opis ni..tak tau pasaipa..mungkin ngantuk kot..apa2pun...dah lama dah bercoret2 dlm ni..musim jerubu minggu lepas ..aku ngan husband demam teruk..so..terpaksa take care each other..rumah tunggang langgang..mcm dah berperang ja..tisu sana sini..sorang batuk suma batuk...pastu amik mc..rehat kat rumah...lepas g amik ubat...apa lagi p la pekena sup utara kat 'ANISUP' plaza alam sentral...mak ai..menangis aku kat situ...sup dia sedap..mkn nasi+telur masin+sambal belacan+sup ayam...panas2 badan suma keluar...sepnjang minggu tu asyik mkn sup sajag rumah kakak aku die msk tomyam..rumah abg aku pun sup...maklumla org demam....weekend sabtu aritu g konvoadik aku kat bukit jalil...sejuk giler stadium tetutup tu..pastu..ramai org besa aa..lepas abis tu siap sesat2 mencarigraduan...mcm tak besa...samala aku time konvo dulu..tp time aku angin ribut macam nak terbang utm...tak sempat nakberpoyo2 ngan jubah konvo puas2...mak ayah aku kelam kabut nak balik sb nak hujan...sampai gambar ngan diorg dpn dewan puntak sempat amik...sedey...aku takdak gambar ngan keluarga masa konvo dulu...pastu mcm2 la terjadi ms konvo aku..maklumla dah nak senja..semua org nak lari ke sana sini..dgn suasana nak hujan nya..so this time..apa lagi amik kesempatanla konvo adik aku..bergambar puas2...jeles plak tgk adik aku dpt byk bunga..salah satunya aku bg..hehe..nanti bila rajin..aku up gambar konvo adik aku kat fotopages..hhe..lebih kurang lg sebulan besday husband aku..nak bg apa aa?spesial skit....ada idea?..selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 48...ada lg 2 minggu..hehe..saja nak wish awai2.takut terlupa..

Friday, July 22, 2005

asam garam gula dan kopi...
lama dah aku berenti menulis web ni...bukannya apa...cuma takdak idea nakmenulis...nak kata byk keja takda la sgt, cuma kureng berminat..dua minggu lepas balik johor..balik rumah mummy...suka die dpt souvenir drp sabah..pastu balik rumah cam besala...keja rumah tak penah abis..lepas basuh baju, masak,pastu kemas rumas, siram pokok, pegi keja..esoknya sambung balik..kalau ikut jadual lebih kurang kat bwh ni...


6.30 bangun pagi+solat
7.00 wat sarapan
7.30 iron baju mandi
8.15 pegi opis
9.00 masuk opis
9.15 cek email+baca paper
9.30 start bekerja
1.00 kuar lunch
3.15 solat zohor
5.00 cek email lg
6.00 balik rumah
7.00 mandi+solat maghrib
7.30 lepak+tgk tv+masuk bj dlm mesin
8.00 masak
8.30 makan sambil tgk af
9.00 rehat/tgk tv/baca buku/wat jigsaw puzzle/kemas rumah
10.00 solat isyak
11.00 sambung wat jigsaw/lipat kain
12.30 tido..

not much..hari hari dok wat benda yg sama..tu yg kdg2 agak bosan..eok2 bila ada anak...tambah lg keja...nak slot in kat mana tah aktiviti jaga anak tu..hmmtula...tugas seorg isteri...aku sgt2 le harap kaum2 adam ni, bila dah kawin tu tolong2 la isterianda..sesungguhnya keja dia mmg byk...tak bleh nak salahkan dia kalau dia malas nak wat keja rumah atauistilah aku 'malas malasan'...pastu aku suggestkan jugak semua bakal -bakal pengantinmembaca buku asam garam gula dan kopi terbitan alaf 21..memang sesuai utk rujukan bersama..apa2pun skang ni aku tgh proses dok mendietkan diri...maklumla bdn dan naik bagai dipampam..susah ni...bila la nak kurus ...ok..nak balik..mlm ni ada appoiment kat gazebo...see ya,..

Monday, June 20, 2005

Pencapaian setengah tahun 2005


harini dah masuk minggu ke4 utk dah bulan jun..maksudnya dah half year round...so...apa dah aku capai..lets see


last year vision:

1. nak dpt keja tetap

- dah dapat keja dah.Alhamdulillah

2. nak kawin

- dah kawin.Alhamdulillah


3. nak dpt anak

- dah spt sekejap.Usaha lagi

4. kumpul duit p haji

- duit tak cukup lg...mungkin lg setahun dua...Usaha lagi

5. nak bayar hutang ptptn

- tak dapek lg aa..kelam kabut je tgk ptptn..lgpun duit tak well manage lg..

mm..rasa2 rasanya ada lg ...tp aku pun dah lupa...alhamklumla bz dok ingat benda lain..i wish i could like my brother....bila lg ni..hmm....selamat... rindu plak kat abang aku yg sorang .


my malaysian idol...


heheh..gempaq skit tajuk dia...
just wanna share ...kalau tanya aku sapa idol aku..
tentunya aku akan jawab my brother...y...mmm..ada la sebab dia
aku ingat lagi everytime aku kena big exam...starting upsr pmr n spm...
dia la yg selalu sgt ada right by my side...masa upsr dulu...lg seminggu
aku nak peksa...masa tu dia blaja kat mrsm..cuti...dia balik ajar aku math..
seminggu dok buat latih tubi ngan dia..so..staring from that i love math...
pastu pmr pun sama...masa tu dia study kat msm...dia balik cuti je..ajar aku..
sampai boleh...subjek math le especially...score jugak...n then...ms spm..
aku tak suka subjek add math..sepanjang belajar tak penah dpt kredit..
lg 2 minggu nak exam dia balik ajar aku ...berhempas pulas masa tu..last2
dapat jugak kredit dlm add math...
pastu satu lagi...setiap kali exam pasti ada ganjaran drp abang aku yang sorang ni..
lebih kurang rm10 la kalau dpt 1 A...zaman2 tu best aa...pastu..aku cukup admire cara dia
study n keja..n how he manage his life..start dr zaman sekolah dia..
pastu zaman keja...n his goal of life...mmg sgt motivated....dulu cita2 aku penah nak masuk mrsm
semua gara2 abg aku yg satu ni...tp tak berjaya...pastu dia study at uitm..abis study..
only with his diploma...he manage to travel around the world.
aku cukup kagum dgn abang aku yg sorang ni...baru umur 30 tahun,dia dah ada beberapa aset tetap,
dah pegi haji, dah pegi umrah, dah travel world...just name it thailand,malaysia,filipine,brazil,argentina,
china,mekah madinah,south africa,paris,peru n more..mmg best..kalau la aku jd mcm dia.
pegi paling kurang pun 6 bulan...mm..latest skang kat brazil...anak dia dah bleh speaking portugal,spanish,english
.mm...bak kata orag tua...jauh perjalanan luas pandangan...mmm...dia adalah kebanggan ayah aku..
mm..tula..at least we can learn something from him...sekarang ni aku nak ikut dia aa..nak pegi buat haji before 30..
doakanla..Insyaallah..
.



-

Monday, June 06, 2005

something to remember...

rasa dah lama aku tak menulis dlm ni...almaklumla..banyak keja...
pastu byk peristiwa yg terjadi sepanjang aku tak menulis ni..
started with the good news...awal bulan lepas aku g honeymoon..
dah 5 bulan kawin baru g honeymoon...pegila ke negeri di bawah bayu..
best..walaupun aku dah pegi 2 tahun lepas..but for this visits...
marvelous....fantastic..maklumla pegi dgn org yg tersayang...
what can i say about sabah...2 benda yg mesti kena buat kalau pegi sana..
satu..pegi gunung kinabalu...kalau tak naik pun takpa..tengok dr kejauhan je..
dua..go snorkle at pulau manukan...mmg mengasyikkan..best sgt..mmg sesuai sgtla kalau
utk pegi bercuti....next year round..sarawak plak...

lepas balik je honeymoon..more great news....i'm pregnant..heheh..best2..
tp by the time aku tak..dah almost six week dah..meaning that..for the whole time i'm in
sabah the baby r still with me..mmm...hmm..remeber the happy momento..hehe
neext week after...i keep on bleeding n final day on 27 may..it was friday...
the baby seems cannot bear with me anymore....and i did miscariage on that day..so sad..
but we always have to be god's will..and i really thankful to him eventough He just lend me
a few moment with my baby..Insyallah akan ada rezeki akan datang..
kena rajin berusaha la dan doa jangan putus2...tu jela..
skit coretan selama aku tak menulis...lenguh2 badan pun tak abis lagi..kena dtg keja plak..
semua qada n qadar tuhan..n...one more...
Congrats tu my husband kerana dapat keja baru..better pay n better opportunity...
terima kasih sayang kerana sanggup bersusah payah masak n ngemas masa i sakit...
luv u so much...kalau rajin nanti i'll upload some pictures...ok..see ya...

Thursday, March 31, 2005

kenangan dulu kala.

Bila aku dok saja2 kat opis di petang2 ni ...tetiba teringat cerita zaman dulu kala
...i mean...my student life in utm dulu...bukannya aku takdak keja...tp pg td ada meeting panjang sgt
pastu..dahle aku kena wat presentation..so ni nak relak2 la plak...
ok back kepada kenangan2 yg aku nak cita ni...for me agak best utk diingat..n..whenever i remember the incident
it will cheer me up ..

kisah 1- celebrate hari millennium

dulu masa first year, aku ni kira rapatla dengan bdk2 aras aku kat kolej dulu...kitorg geng masa tu
(aku,siti,ida,maleen,bai,bedah,marina,mirani,suaibatul,suhaila,ija,ochie,zana,omeng)..tu je kot..ke ader yg tertinggal..
mm..tahla..pastu...aderla satu hari ni..masa tu aku hari terakhir dlm tahun 1999..masa tu bulan puasa..
so..pada hari millenium tu (1 january 2000 tu)..kitorg ni konon2 buat la satu gathering supaya kitorg boleh ingat la hari millennium tu
so..memandangkan masa tu bulan puasa..so tak byk sgt aktiviti nak buat..so we decided to go bersahur sama2 kat cafe kolej aku tu...
pastu awal giler kitorg bangun..pukul 4.00 dah kejut semua org..pastu siap2 sumer..kitorg pun turun la ke cafe..
selalunya at this time..budak perempaun tak ramai...ataupun tak turun la..bdk lelaki yg mmg suka la bersahur pagi2..so kitorg pun
memecahkan tradis pegila bersahur kat bawah..pastu tgh dok enjoying the moment...dah siap2 makan..kitorg pun dah nak cabut la..
pastu dtg la abg2 senior kat kolej ni....diorg mcm terkejut kenapala cam ramai je bdk pompuan ni kat cafe tu....
ader la sorg senior ni...namanya abg lan....dia ni cam kontrol hensem la sebab ramai awek2 kat situ..
pastu dlm dia dok jalan2 tu...barula dia sedar dia pakai kasut sebelah lain sebelah lain..hehhe...
masa tu muka dia mmgla lawak...kalau kasut tu kaler ala2 sama takpela gak...ini sebelah kecik sebelah besar...kelakar..pastu
dia pegi announce kat makcik cafe tu yg dia pakai kasut terbalik...apela..mmgla semua org tahu..
huh...hehhe..tula citer millennium aku hhhe..

kisah 2 - chatting torchlight
masa zaman first year gak...ada satu peristiwa yg agak best la...masa first year aku ni suka la lepak bilik member aku kak cik n marina..
ada la lagi sorang member aku si siti yg selalu join group aku melepak bilik diorg ni..pastu ada la satu hari ni...masa tu malam
masa kitorg tgh dok syok2 borak2..pastu kolej kitorg ni blackout...belakang blok aku ni adalah blok student laki..
so...takde pagar sume aa..tp agak jauh aa ..selang sungai...pastu membr aku ni main la torchlight dia..on off on off..sekali blok bdk laki ni
diorg pun main gak torchlight kitorg...tgh dok syok main torchlight tu..tetiba ada la balik lampu...so..kitorg pun tgkla kat blok bdk laki ni
student laki kat blok tu...suma berlari2 masuk bilik yg main torchlight tu...kelakar...semua student laki tu pun beria2la dok lepak kat tepi tingkap
bilik budak tu...heheh..pastublackout lg sekali...apalagi..diorg pun memulakanla aktiviti main torchlight tu...then member aku dpt satu idea..
drp main takde tujuan..diorg pun buatla huruf drp torchlight tu...teringaat aku zaman tu...siti ngan marina la yg semangat dok buat2 huruf tu..
kitorg bg idea..hehhe...kena la buat huruf besar2..sebesar tingkap le..kalau tak diorg tak nampak...hehhe...pastu terusla main...sampaikan malam2
seterusnya pun kitorg chatting torchlight ngan bdk laki blok L25 tu....sampaila ke klimaknya...last2 kitorg pun ajakla diorg jumpa..
masa tu kitorg jumpa bdk2 tu kat cafe..heheh kelaka masa mula2 kenal bdk2 tu..last2...diorg pun jd member baik kitorg...
bdk2 yg dimaksudkan tu...mail,hood,faizal(bawang),zainizam...hehhe...sekarang ni aku dah lost kontek ngan member2 kamcing ni..2 minggu lepas aku terserempak
bawang kat highway kesas...siti, dia kim salam kat ko...dia skang keja kat shah alam...'makcik' pun keja kat shah alam gak..hehhe
tu jela dua kisah yg mengembalikan nostalgia zaman dulu..hehhe....kalau rajin nanti aku update gambar....

Tuesday, March 22, 2005

dot net...

to lan:

camni aku nya kes...last time aku pegi gak training kat microsoft(bulan feb)...tp taulakan kalau g training...part yg paling penting dia ajar last day..pastu semua org pun dah balik...tinggal aku sorang je yg dok buat bhgn "login" tu..last2 akunya tutor mr.david yg hensem tu dah segan ngan aku..so aku pun balik la....so bila aku nak buat bhgn tu..tak dapat la...my kes is...very simple sebenarnya...kalau php aku leh wat..maybe the concept sama..cara panggil lain....

aku nak..bila login...kita masuk user id n password..pastu page tu leh ridirect ke default page where the role is given...maksudnya..kalau aku manager...dpt bhgn manager her..kalau technician...dpt bhgn technician ja...simple kan...tp sekarang ni dah nak masuk 3 minggu aku cuba...tp tak berjaya...

bleh tolong ke mr.lan....tu je very simple...aku pakai vb...ko pakai aper?kalau c# pun bleh gak...kalau bleh tolong...tolong le sertakan coding sekali...heheh...

problem aku kat bhgn ni..dlm web.config

<forms name=".ASPXUSERDEMO" loginUrl="login.aspx" protection="All" timeout="60" />


mana nak dpt form name tu...fening...plz do me a favor?can't u?

Thursday, March 17, 2005

wello...

it's been a long time huh..
anyway..sejak2 wat projek kat opis ni..tak byk masa dah nak nulis..
ni pun curi2 skit...anyway..i really need help..
sesapa yang terbaca la post kali ni...aku nak mntak tlg..
all about dot net language....sapa leh tlg...ada system baru kena wat ni..
pastu kenala pakai dot net ni..last time g training takdela susah camni..
skang bila nak implement..br la tau tahap kesukaran dia...n trust me..
it is not easy...i prefer scipt languange...
ape2pun kat rumah aku dah ader anak2 baru...heheh...anak2 ikan le..
my husband bought it yesterday...maklumla ader org tu dah ader aquarium...semangat dia mengisi itu ini dlm aquarium tu...termasukla anak2 ikan ni...
tp ikan2 yang satu kumpulan rm3 tu taknak geng ngan ikan sekor rm1..ni perbezaan kasta dlm kumpulan2 ikan dlm aquarium tu..pastu..aderlak ikan yang mmg "kampung" punya "kampungla"..satu aquarium tu dia redah...pastu main2 kat kwsn oksigen ,konon2 cam roller coaster la plak...kelakarlak aku tgk gelagat anak2 ikan ni..okla kranya..water teraphy...balik keja penat2..tgk ikan2 ni...sejuk je hati..heheh
aku lak dok merajinkan diri menanam pokok2 hiasan kat rumah..bukan apa..nampakla cam rajin skit...aku dah beli pokok yg dah siap berbunga..so br la syok tgk..alih2 dah ada bunga..konon2nya rajin aa..heheh...tula dia cerita serba sedikit for this time..nanti aku sbg lagi psl hobi2 aku..byk sebenarnya...bos masuk la..potong stim betul..kepada kwn2..selamat merajin2kan diri..

Wednesday, March 02, 2005

mac dah

kejap je..pejam celik pejam celik dah mac...nak dekat 3 bulan dah aku jd isteri org..
pastu..skang ni kalau memember aku call..mesti tanya..dah "berisi" ke belum...utk semua org yg dok
tanya2 tu..aku belum lg "berisi" tut....tp berisi yer..last time g timbang dah naik 2 kilo..ish...
dah naik la badan..leceh tul..skang ni dok sebok la mendietkan diri...my husband tak bg aku diet2 ni,
sb dia takut kalau2 "berisi" betul...sian org kat dlm tu takde makanan..hhhaa...suke hati la..janji dpt kurus
mm..mencabar tul kalau dah masuk arena diet dietan ni..hehhe

anyway..since dah mac aku kat heitech ni..mcm2la kita kenal perangai org...tp yg sudah semestinya..i tak suka
supervisor aku yg ngaku terer tp tak terer ni..geram tul...kita bekerja keras siang dan malam wat system ni..dia
selamba je nak ubah database sana sini...ingat ni makan kacang ke..pastu..pressure sekeliling lagi..tertekan betul..
aku nak tukar keja la...tgh dok mencari keja baru ngan goverment...walaupun benefits kat sini bagus2 belaka..tp maapla..
aku dah berminat lagi dgn heitech...kalau nak tukar division lak..rasanya aku kena melangkah mayat bos aku dlu baru le leh tukar
fuh..cabaran sungguh...husband aku lak dok bg semangat suruh aku dptkan permanent staff kat sini..skang ni pun permannet gak.
tp still on probation...rasa cam nak jd surirumahtangga je..tp kalau dok rumah takde income lak..
camana tu..asyik merungut je..nak wat lagu mana...any idea?

satu lagi...sapa yang nak cr keja..member husband aku ader la nak offer keja...syarat mesti pompuan,gaji 600, wat programming(kalau tak
tau dia ajar)..tp mesti minat giler...rumah makan sume ditanggung...dia dah ada 2 staff pompuan dok rumah sewa yg dia kasi tu..lokasi..
area kl..gaji 600 je..bak kata org makan tanggung berak cangkung..hehhe..sapa nak email aku yer...pompuan je tau..
tu je...tp aku tak leh..sebab dah berkahwin..ok..tu je dulu

Monday, February 07, 2005

my fan...hehhe

hehe..dah seminggu dah tak update..bukan apa..bz skit...sejak 2 menjak ni..bos aku pemurah nak hantar aku g training
so..tu yang seminggu takde kat opis..bahagia rasanya dpt keluar drp tingkat 14 ni
anyway..ptg td..ader la seorang hamba allah ni...namanya 'lisa'...dia bgtaula..she is one of my fan in this blog..
mm..just curious...sejak bila lak aku ader peminat dlm area penulisan ni...
anyway to "lisa"..thanks for calling...kalau rajin2 tu call le lagi...kalau nak dtg rumah..call le..
i let my husband know..hhm...kelaka la..aktiviti menulis blog ni sebenarnya suka2 je..
di kala aku bosan kat opis..leh le jugak lepas perasaan ye tak...mm..walaupun takde la berfaedah sgt cerita2 dlm ni
tp...aku puas hati aa..mm

back to the training..last week i've been to microsoft training on visual studio.net..quite interesting aa..exercise dia
senang paham aa..walaupun sebenarnya aku lebih sokong opensource..tp memandangkan bukan duit aku yg kluar pegi kursus yang beribu ni
tetiba je aku suka lak ngan .net ni..so hari ni satu hari aku kat opis dok mengapply benda alah ni..

ingat tak dulu aku citer psl system org yg aku kena tambah feature tu..skang ni supervisor aku ckp takyah lak..
skang ni dia nak aku buat system lain lak..tp guna .net ni ler...ok la jugak aku rasa..drp buat yg duu tu..
dah tentu2nya aku tau camana nak design..takyah pening2 kepala baca system india aritu...syukur alhamdulillah..

byk lak cita nak buka ni..last week g cycling kat bukit cerakah...atau lebih dikenali sebagai..bukit cahaya seri alam..
satu masa dulu...zaman2 kecik dulu laa..aku rasa tempat ni ramai giler org..pastu macam happening aa
tp skang ni...sedis...dahle tak ramai org..rumah 4 musim yg satu masa dulu mcm best..skang ni dah tutup..mm..danau ikan
yang tak napak ikan...pokok tinggi2...mm..gerun je rasanya...celah2 tu ada ramai org indpn mandi manda..mak ai..ngeri lak..
monyet yang bersepah...mm...dah tak best dah...pastu..aku nak nasihatkan..kalau pergi tempat tu..better ada kwn lelaki..
quite dangerous i find..mm...tepaksa memberi bad review on this topic...tp nak wat camana...dah tu yg hakikatnya..
pastu celah2 tu..sakit kaki mengayuh bukit yang semakin tinggi tu..mm..abih je cycling..trus rasa nak pitam...bila turun bukit je
terus je meluncur dgn lajunya...kalau boleh nak terus sampai ke kereta...mm..penat aa...baik aku main tenis je kalau tau g sana
begitu memenatkan..anyway tujela laporan minggu lepas...siti ngan ida...korang dah lepas jawatan ke dlm bidang penulisan blog ni..
wonder where they r now?

Monday, January 17, 2005

selamat hari raya korban...

walupun lg 4 hari kita nak menyambut raya korban..
.aku nak ucap siap2 ucapan selamat hari raya korban...maklumla..perkara yg elok baik disegerakankan
mm..pandai...anyway..lama rasanya tak update...maklumla secara tiba2 terbz kat opis...
bukan bz mende...saja membzkan diri...hari ni baru berjaya aku setup server utk sistem yg aku kena wat tu
fening kepala..2 hari dok buat bende tu jer...thanks to my lovely husband yg tolong jd guru tuisyen aku sepanjang a
aku dok set up bende ni..at least i got something to show my boss next week..

sometimes kita suka la mencari alasan supaya kerja kena buat tu..di delaykan kan atau takyah wat langsung..mcm aku ler..
bukan apa..sometimes ppl says..minat tu leh dipupuk..but not for me...i'd tried to love doin programming since forever..
but still cannot find it anyway...so damn hard to find my interest in programming..
this is not my line...if someday..my boss fire me(nauzubillah)..not he's fault...it's me...just can't deliver my task fast..
mm..stop complaining...god still wants me to learn n learn...i will...

marriage life...well what do u expect after got married...i'd remember once read wbout married...married life just like a bird in cage
ppl whose outside was so eager to get in but the on inside eager to get out..well..hope it not happening to me..anyway..
from my point of view...every single thing should give n take...for women exspecially...stop build castle in the air...what u always wanted
always u will not gonna get it..for some ppl...they might get it much more better or lesser...depends on rezeki...for me...i found it very interesting..
y?..mmm..my husband ..he is very humble person and so far very take care...n i am still learning him...but one thing for sure..i know that he doesn't like
spicy food...or else..he will be angry..tyring to avoid that anyway..mm..still adjusting my life anyway
to girls out there..get prepare..because once u be someone's wife..u will find out how heavy is ur respnsibility...trust me...it's heavy enough..

mm...ape2 pun..kena la berkorban right...selamat hari rya korban...peluang ni aku nak ucapkan selamat hari raya korban kepada semua umat islam di malaysia..
maaf zahir batin...n halalkan makan minum...semua yg mengenali aku...aku maafkan dosa korang n halalkan makan minum sepanjang tempoh perkenalan kita..lepas ni..
aku nak cerita pasal benda yang berfaedah skit...mungkin pasal keagamaan n ppl around us...atau..alam sekitar..tgkla dulu..mana yg aku lebih cenderung...psl menjahit pun best gak..
tgkla nanti...ok nak balik masak..chow..nanti kita sambung

Friday, January 07, 2005

cerita kali ni

mmm...penat minggu ni..penat godek sourcekod..
kalau aku diberi pilihan la..aku nak ja jd tukang yang kejanya menagrang ke...
wat presentation slide ke..pastu wat keja diam2..dah tentu tentunya keja aku leh siap cepat

skang ni kat opis, supervisor aku suruh aku tambah satu menu dlm satu sistem ni..
system ni dipakai oleh suma staff kat sini la..dulu sebelum ni...system ni org india yang buat
so..kira cam outsource la ..pastu...skang ni aku kena tambah menu dlm system tu..nampak cam senang,,
tapi susahnya...kalau akula..better wat system baru je...nak memahamkan coding si india ni..mak ai..pening
..dia point sana point sini..uuu...pening aa..pastu celah2 tu ada dok wat hidden2 file lagi..semua pun limited
source...database takleh access..camana tu..geram plak rasanya...yang si supervisor aku ni die pun tak tau java..
pastu sesenang je suruh aku tambah2 sistem tu...mm...nak wat camana..kena simpan dlm hati ja..macamana nak buat tah...
aku pun masih lagi godek2 benda ni..aku takut bukan apa..if anything happens..kalau sistem ni tak jalan sebab aku yang dok
robek sana sini..nanti kalau jd apa2..si india ni back off takmo tolong dah..yelah dah kacau koding dia..
pastu nanti dia mesti nak charge kalau ada apa2 silap..byk risiko tul..yang bos aku gatal2 suruh buat benda ni
hanyala utk entertain dlm 10 org camtu..hai..geram betul...bila aku geram2 tu..aku sellau teringat kata2 dr fazilah kamsah
"org yang berjaya suka buat benda yang org gagal tak suka buat"..tu yang membuatkan aku malas nak memberontak..cewah..
luahan perasaan skit ...celah2 tu..bos aku lak ada training kat singapore...so secara tak langsung semua kerja dia terpikul la
atas batu jemala patik...dia ajak g training tu...tp maleh aa...bukan kena mengena ngan aku pun...lgpun lama..sampai hujung bulan..
kalau single nak gak pegi..ni dah berdua..mana leh..nanti rindu...kena bwk kain pelikat plak.hehhehe...teringat member kat utm dulu
siap ada kain pelikat pakwe masing2..nak ubat kerinduan konon...hehhe..aku pun ada gak..kuang3..tu jela dulu...nanti aku sambung cita lagi..
kain pelikat..hahahahhaha..lawak...teringat geng2 dulu..siti,ida,sue,ila,win..heheh...