Wednesday, April 21, 2004

Buku baru member aku publish..murah je 7.50

Ni la antara tulisan dia...buku ni bagus la utk meningkatkan motivasi diri sebagai seorang islam...ni aku letak skit mukadimah dia....
"...Persoalan Qada’ dan Qadar yang merupakan salah satu daripada akidah islam itu adalah persoalan yang hebat diperkatakan dan diperbincangkan dari zaman para sahabat dahulu hingga sekarang. Sehinggakan dari permasalan ini, wujudlah beberapa aliran pemikiran yang semakin meragukan pegangan umat islam itu sendiri. Walaupun permasalahan ini pada zaman sekarang tidak tampak hebat diperkatakan, akan tetapi kesannya amat mendalam terhadap pegangan individu islam itu sendiri.

Sehinggakan ramai orang ragu-ragu adakah agama islam yang terbukti kebenarannya dan diredhai Allah itu hanya menjamin kebahagiaan di akhirat sahaja? Adakah ajaran islam itu mengajarkan manusia agar menunjukkan sikap yang negatif terhadap peradaban manusia itu sendiri? Apa sahaja soalan yang ditujukan mengenai kelemahan islam itu semuanya tidak benar. Melainkan kelemahan itu semuanya hanya berasal dari sikap umat islam itu sendiri. Bukan islam yang kurang atau lemah akan tetapi umatnya yang banyak mengakibatkan kekurangan dan kelemahan tersebut

......

Sedarilah akan hakikat keseimbangan dan lumrah dalam hidup agar kita tidak berputus asa apabila gagal dan tidak pula lupa diri apabila berjaya. Kebahagiaan dan kecelakaan merupakan lumrah alam yang tidak dapat dielakkan sama sekali. Cuma yang menentukannya positif terhadap diri kita adalah manusia itu sendiri. Bagaimana dia menilai bahagia dan celaka yang berlaku dalam kehidupannya. Segala yang ditentukan Allah itu positif belaka lalu manusia yang menerimanya sama ada dia bersifat positif terhadapnya atau menzalimi fitrah positif tersebut kepada yang negatif. Maka perlu kita fahami apakah bahagia dan celaka itu dan apakah yang mendorong ke arahnya.
Kemudian perlu pula mengenali sifat apakah yang terdapat dalam diri manusia yang mempengaruhi kebanyakan perlakuan manusia sepanjang kehidupannya. Suatu sifat yang perlu diperkayakan dengan nilai-nilai keseimbangan dalam diri agar sifat-sifat kurniaan Allah itu akan melahirkan keunggulan dan kesempurnaan dalam diri manusia.

tula serba sedikit pasal buku member aku ni...

tajuk buku : qada' dan qadar. asas kesedaran, motivasi dan kejayaan hidup muslim
penulis (member aku) :Mohd Fadzli bin Abu Bakar Othman.


Nothing Much

up to these day i have no idea what to blog in here ...bcoz lately i'm a lillte but bz with my writing in the work area...sometimes i wonder...god must have listen to what i pray for..Thanks God...one of my friend who is a writer asking me about 'respectful'..english la plak...dia tanya aku pasal hormat dan budaya..
in his research..budaya malaysia ni la satu masyarakat yg kaya dgn hormat menghormati...ni dia cakap dlm kontek penulisan la bukan dlm kontek masyarakat hari ni...di malaysia..kita ada kata ganti nama byk sekali...mcm kata ganti dir pertama...aku,saya,hamba,patik,beta,..dll...kedua : tuanhamba, engkau,dan lain2...dengan cara ni...dlm kontek keluarga..ia sgt la berguna untuk menunjukkan rasa hormat kita kepada org yg lebih tua mcm abang ngah,along,ayah,tokngah,tok su,makcik,maknjang(aku la tu)....bila kita dah takdak panggilan secara berpangkat...tahap "hormat" kita samala mcm masyarakat barat ( mereka hanya ii n uu ja)...arab(ana ana anta anta)...jadi nak pupuk rasa hormat kepada golongan yg lebih tua mcm ibubapa kita tu takdak...pastu mula la macam2 yang jadi mcm sekarang ni...semua mula dengan benda yang kecil...bg kita yg muda2 ni terbatas juga bila berpangkat2 ni...sebab katakan la ada satu tok sedara kita tu muda...anak dia mesti muda tapi ikut pangkatnya "pak.apa..atau mak.apa"...memandangkan dia jauh lebih muda drp kita...takkan kita nak panggil dia ikut pangkat...kemungkinan dia kecik hati(yela muda pastu panggil mcm org tua)...tapi demi menjaga hati mak "pakcik/makcik" tersebut kita pun panggil la dia dgn pangkatnya..kedua2 pihak sebenarnya mempunyai hujah masing2 berkenaan pangkat tersebut..namun begitu kita sebenarnya terbelenggu dlm kesilapan cara berfikir atau logik yang sedia ada ....itula dia sedikit discussion aku ngan member lama aku drp mesir ni...kadang2.rasanya mmg ada yg betull..dalam hidup kita ni...kita sebenarnya byk melakukan kesilapan berfikir...walaupun kita sememangnya tahu logik/fatwa/fakta yang sedia ada...ambil contoh senang sahaja...sembahyang...kita tahu sehari kita perlu menunaikan solat 5 waktu(logik)..tapi...kadang2 kita akan terlepas jugak satu waktu(berfikir :nak ke tak nak)...di masa ni la kita perlu menggunakan ketajaman fikiran...bab syaitan dah rasuk takmo semayang tu cerita lain plak...itula dia...banyak lagi contoh dlm hidup kita ni...hmm..nampaknya berfaedah skit hasil tulisan aku..takdak la mengarut sangat...hmm...bestnya gambar konvo dah sampai..gambar tangkap kat kedai ..adik aku kata mata aku kuyu skit...ish.tak sabaq nak balik tengok..