Tuesday, November 30, 2004

dilema bakal pengantin

yahoo..esok start cuti...tp apa nak buat aa..mmg la aku tau banyak keja nak kena buat tapi suma pun macam fill in the blank..apa nak buat aa..nak start ngan apa aa...sepatutnya bakal pengantin kenala p mandi2 bunga ke mandi susu ka..tp aku tak sempat je nak p mandi2 tu....semlm dah mc..demam selesema..konon2nya malam semlm la nak p mandi wap..tp tinggal kenangan jela..demam2 pun ada hati mandi wap..member aku ckp..sepatutnya lagi sebulan nak kawin dah mandi2 tu..baru la benda tu mesra...mana la sempat...aritu sebok masuk opis baru..mana nak cari rumah..mana nak beli barang..mana nak raya..mana nak attend kenduri kawin sepupu..mana la sempat..mandi koboi jela jawabnya...ish kalau koboi tu b***l...ok..mandi kerbau...kalau kerbau lak mandi tak sabun..mana satu ni...ni aura2 demam masih tak hilang lagi ni...macamana nak naik seri ni...badan dah kurus ke....banyak lak kena pk benda2 yg tak berfaedah ni..bila nak polish kuku...lusa dah nak pakai inai...mak ai...fenin fenin...malam ni balik la kampung..aku cuti sampai la hari isnin..pastu selasa sampai jumaat dah masuk keja...pastu sabtu g batu pahat..ahad kenduri kat sana lak..fuhh...penuh schedule minggu ni ...minggu depanlak cuti sampai hari selasa...fuh..lega...kalau lega la..kalau tak lega....macamana..apapun takde la cuti tambahan honeymoon..kononnya2...aku takde cuti dah..ni nak kawin pun kena amik unpaid leave...sedis sedis...takpa...rezeki kat tempat lain...insyaAllah...bos aku dah buat budget utk maternity aku..lagi la advance org tue tu...aku baru je nak melangkah dia dah belari...kelaka seram lak dengar bos aku tanya tadi...amin....takpa..janji opis bayar sume yuran perubatan...sonang sikit eden...yg geng hr plak tak sabar2 nak bagi duit hadiah kahwin kat aku...apsal suma org pun macam beria..aku still lg blur2 apa nak buat..keja banyak..mana nak start dulu...mm...potong kuku dulu la...pastu balik kang pk nak makan apa buka posa ni..lagi best....nampaknya setakat ni jela coretan untuk minggu ni...nanti aku dah ubah status...apa cerita lak aku nak bawak....Selamat Pengantin Baru Hannan(ucapan utk diri sendiri)....berangan...lagi 2 hari la beb....hikhikhik...

Friday, November 26, 2004

by next week...

by next week. at this day....aku akan berubah status..
ini maknanya..berubah la segala aktiviti harian aku selama ni yang apa2pun fikirkan untuk sorang ....selepas tu kenala pk untuk berdua lak...tetiba rasa muda lak nak kawin...heheh..nak kata tak puas hidup membujang...sememangnya dah puas kot..apa lg nak..suma pun dah buat....belajar sekolah dah setel...belajar university pun dah setel...keja dah setel...apa lagi nak kan...nak kata enjoy hidup sebagai single..enjoy la so far...apa lg yg aku tak buat...suma pun dah buat rasanya...walaupun dr segi angka 23 nampak cam muda gemilang..tp apa lagi nak cari kan...suma dah ada...Alhamdulillah..mungkin sesetengah pihak(pompuan la normally)..nak enjoy puas2 dulu..baru nak tukar status..but for me..apa yg ada cukupla...kalau terlebih enjoy nanti susah lak nak tinggalkan zaman yg asyik enjoy saja....sebelum aku melangkah ke alam rumah tangga ni aku kat sini nak ucapkan terima kasih dan mohon banyak2 maaf daripada kawan2 aku sepanjang hidup ni..mungkin aku ada mengecilkan hati sesetengah pihak..walau apapun aku mohon maaf kalau terkutuk ke secara sengaja atau tak sengaja..termakan terminum tak bagitau...
Sayang..lepas ni u kena la jaga i baik2...insyaAllah i akan jd isteri paling setia kat u n menjaga u luar dan dalam...kalau ada i terbuat salah jangan biar i leka ngan kesalahan i tu...kalau perlu rotan pun rotanla sayang...ok nanti i sambung lagi janji2 i..insyaAllah...nak balik ni...ada appointment ngan dentist..chow

by next week...

by next week. at this day....aku akan berubah status..
ini maknanya..berubah la segala aktiviti harian aku selama ni yang apa2pun fikirkan untuk sorang ....selepas tu kenala pk untuk berdua lak...tetiba rasa muda lak nak kawin...heheh..nak kata tak puas hidup membujang...sememangnya dah puas kot..apa lg nak..suma pun dah buat....belajar sekolah dah setel...belajar university pun dah setel...keja dah setel...apa lagi nak kan...nak kata enjoy hidup sebagai single..enjoy la so far...apa lg yg aku tak buat...suma pun dah buat rasanya...walaupun dr segi angka 23 nampak cam muda gemilang..tp apa lagi nak cari kan...suma dah ada...Alhamdulillah..mungkin sesetengah pihak(pompuan la normally)..nak enjoy puas2 dulu..baru nak tukar status..but for me..apa yg ada cukupla...kalau terlebih enjoy nanti susah lak nak tinggalkan zaman yg asyik enjoy saja....sebelum aku melangkah ke alam rumah tangga ni aku kat sini nak ucapkan terima kasih dan mohon banyak2 maaf daripada kawan2 aku sepanjang hidup ni..mungkin aku ada mengecilkan hati sesetengah pihak..walau apapun aku mohon maaf kalau terkutuk ke secara sengaja atau tak sengaja..termakan terminum tak bagitau...i know this few matter will be sensitive for somebody...to kaylah..if he reads this..i'm so sorry for what i've done lately since the breakup until now...but i still can't forgive myself for what we've been through before..n i'm so sorry for not inviting u to my wedding..so sorry...may Allah bless u for goods.

Tuesday, November 23, 2004

Plan rumah Muhamad(Cikmat)

semlm aku bg plan rumah aku..ni plan rumah tunang aku lak..
mana la tau sesapa yg tak bekesempatan nak p kat kedah sebab jauh kan (kata sesetengah org la)...bleh la p majlis kat batu pahat nun...tp yang pastinya...aku kedua2 kenduri aku p..hahhahah
ni detail pasal kenduri kat batu pahat nun

HARI : AHAD
TARIKH : 12 DECEMBER 2004
ALAMAT : NO.39,JALAN PERDANA 2/30,
TAMAN BUKIT PERDANA
BATU PAHAT JOHOR





Monday, November 22, 2004

Bakal tukar status

hehe..dulu zaman universiti tukar status dr dip ke degree...
lg 2 minggu aku akan tukar status dr single ke double..
macam tak percaya je...huhu...macam tak cukup lengkap je sume benda..
apa lagi la nak buat preparation ni..pening dah ni..anyway..keja pun byk kat opis..cuti tak approved lagi...macamana nak kawin tah..
huhu...pada sesapa yang aku tak sempat jemput atau aku terlupa..
jemput la datang ke kenduri kawin aku pada

HARI : SABTU
TARIKH : 4/12/2004
ALAMAT : 32,LORONG SERI,05300 ALOR SETAR KEDAH

plan rumah ada aku attach kat bawah ni...maklumla kad wangi yang aku tempah tu..plan dia..keciknya masyaAllah..mcam tak mau bg orang mai rumah ja..pada sesapa yang aku hantar kad..dlm each kad yg ada aku ada attach sekali plan yang senang dan tak mememingkan...semoga tak sesat la jumpa rumah aku....kalau sesat gak...plz call me at 012-6629497....macam tak percaya ja nak bertukar status..huhu...

ni dia plan yg aku bgtau ni....kalau nak dtg..sila la bwk plan ni..semoga tak sesat jalan...maklumla kenduri kampung2 ja..kepada yg akan datang...terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis aku yg tak seberapa...okay..nak kena sbg wat keja ni..bos dah kerling2 tu...





Wednesday, November 10, 2004

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1425H

Kepada kawan2, rakan2, sahabat handai..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada tersalah kata harap dimaafkan. Kira 0-0 la.Sesapa yang dekat2 ngan aloq setaq tu..mai la rumah..aku ada sampai raya ketiga ja..raya keempat dah keja balik.huhu.esok aku nak balik kampung dah.kepada sesapa yang kena memandu di hari raya ni, berhati2 di jalan raya.jangan lupa diet anda(kepada yg tg berdiet).Ok tu saja.Namun apa2pun..di hari2 akhir bulan ramadan ni perbanyakkan la ibadah.Carilah keampunan daripadaNya di bulan ramadan yang mulia ni.ok..tunggu cerita selepas raya lak...Assalamualaikum!

SELAMAT HARI RAYA


Wednesday, November 03, 2004

Kisah Cinta Biasa
Petikan dari Majalah PARAS - Oktober 2004


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah." "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu." "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti." Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

aku kopi n paste..
pengajaran : bersyukurlah dengan setiap pemberian tuhan

Tuesday, November 02, 2004

tiada lg hiburan

sedih....opis ni mmg menyekat perkembangan minda terhadap kawan2...dahle takleh ym...tu blehla di maafkan lg..skang ni friendster plak ditutup..tension betol...apa nak buat lg..dah takde dah hiburan kat opis ni....jangan sampai blog ni disekat plak lepas ni sudahla..leceh betul...disaat2 aku takde keje ni...apa nak buat...tiada lg tempat bermanja ngan kawan2..sedih aa..nak je aku jd hackers kat sini..tunggu la heitech..aku tgh belajar nak hack supaya aku bleh access apa yg aku nak...aku ni bukanla jenis yg tgk mende2 blue ni...suma tu sememangnya tak bleh...aku pun paham...yang pegi tutup friendster tu kenapa...geram betul...dahle ekon sejuk...bukan nak merungut ke apa..cuma nak bgtau keadaan di opis baru ni...tak macam apa yg aku dpt kat uum...tula..once u get something..u will lose something right...well..tension lak rasanya...apa2pun..sabar hannan...ni kan bulan puasa...kenala banyak bersabar...